Friday, 28 September 2012

pengaruh rakan sebaya

assalamualaikum. :)
harini hari aku cam bosan sikit,rasa mendung je suasana,x tahu la nape..tp biar je la..
bosan bosan nie menulis kejap..

xda ape pun sebenarnya,jz nk bercerita pasal pengaruh rakan sebaya..
memandangkan aku nie bole dikira remaja lagi (remaja la sangat).. :D.. 
so kira mesti la penah lalui perkara-perkara normal yang dilalui oleh rakan seangkatan lain..
biasa la,time umur cmnie la jiwa nk memberontak,benda yang salah tu la yang kita sibuk nk buat..
lagi-lagi ada kawan sekepala,sama pulak ada tanduk..mula la macam-macam perancangan jahat yang berlegar dalam kepala..
macam sekarang,masalah sosial kat malaysia nie..bole di kategori kan teruk gak la sebenarnya..
tapi jika nak dibandingkan dengan negara lain macam USA..memang la kita kira okay lagi..xda la pembunuhan sesuka hati kan?..

tapi sebab malaysia nie negara islam,masalah pelacuran,rempit,dadah dan sebagainya dah kira teruk dan tak seiring dengan agama rasmi kat negara kita nie..
yang aku pelik,jumlah nya makin bertambah hari demi hari..tu yang aku nk cerita nie..

pendapat aku la,benda nie semua lebih kepada pengaruh rakan sebaya..seteguh mcm mana individu tu..kalau dah kerap kali kena hasut mesti dia terjebak jugak kan?..

contoh:situasi nie melibatkan dua orang rakan yang aku labelkan sebagai A dan B je la kan..senang sikit..si A nie memang terkenal dengan perangai nya yang habis jahat tu,muka pun ala-ala perogol kan..si B nie kira kawan si A nie..si A nie ajak si B ikut dia pegi lumba haram..kalau pertama kali ajak aku bole jamin si B nie bole tolak,kali kedua dan ketiga pun dia bole tolak..kalau dah kerap kali aku x rasa dia akan menolak..apabila si B dah terlibat dengan lumba haram,dah rasa keseronokan nya..lagi-lagi kalau menang kan?..silap-silap di kemudian hari si B nie pulak yang akan ajak si A sebab dia dah rasa seronok kan?..itu lumrah dan aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku sendiri..
so,setiap individu kena teguhkan hati la..jangan termakan hasutan-hasutan kawan ke arah yang x baik tu..dan paling penting pandai memilih kawan..bak kata peribahasa..'kalau berkawan dengan penjual minyak wangi,sedikit sebanyak akan terclit juga bau wangi nya kan'?..
so,tepuk dada tanya selera.. :)

Thursday, 27 September 2012

improvement. ;D







akhirnya ada la sedikit perubahan kat blog aku nie..itupun atas usaha keras sahabat merangkap teman wanita aku..nur shaheera ali nama nya..nie orangnya.. :D


sahabat yang sentiasa di sisi aku yang aku share every moment yang jadi kat diri aku setiap hari..
terima kasih awak.. :)
kalau x ntah ape rupa blog aku,aku pun dalam process belajar so memang x tahu ape-ape..memandangkan gf aku nie penah ada blog so aku minx la pertolongan dia..
ada la perubahan sikit kat blog nie..puas aku belek tadi..x jumpa-jumpa..so,x tahu nk tnya sape,aku tnya la dia..so,lepas nie aku akan improve lagi knowledge aku mengenai blog nie n buat sedikit perubahan sikit demi sikit..
sekian.. :)

tutorial-ing.. ;D

sedang belajar satu-persatu dari tidak tahu ape-ape cara membuat blog dari menulis entri,upload gambar dan sebagai..aku tengok dari blog 'tutorial membuat blog' nie..inipun dapat tahu dari gf aku.. :D..kalau x memang terkontang-kanting aku x tahu nk buat ape..aku sangat berharap entri-entri yang aku akan buat dalam blog nie mendatangkan kebaikan kepada aku malahan orang lain.. :)

blurr.. -.-

still dalam process belajar buat blog nie..
pening jugak kepala sebab aku x tahu ape-ape mengenai blog nie kan..
tp bak kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan?
so,aku akan belajar slow-slow..
jeles tengok blog orang cantik-cantik..
tp tu bukan keutamaan aku sebenarnya..
tujuan sebenar aku buat blog nie untuk menyuarakan pendapat peribadi aku mengenai isu-isu semasa yang berlaku..
dengan kesungguhan yang aku ada,aku akan belajar slow-slow..
bak kata orang,belakang parang kalau diasah selalu pun bole tajam kan?.. :)

intro. :)


pendatang baru di sini..sangat-sangat mengharap tunjuk ajar..aku perkenalkan diri dulu..
nama diberi muhammad safwan abu nor,genap 20 november tahun ini aku berumur 20 tahun..aku jenis suka bersukan..sangat suka bercakap..
and sape x kenal aku mungkin akan anggap aku sangat pendiam..
tapi sape dah kenal aku akan tahu aku actually totally sangat peramah..
penulisan aku disini aku bole assume sebagai pendapat peribadi aku mengenai sesuatu perkara..tidak lebih tidak kurang..
beragama islam dan aku sangat bangga dengan itu..
selamat berkenalan dan assalamualaikum.. ;)